Potluck Guru-guru dan kakitangan SMK Telok Datok, 28/7/2010




Sudah menjadi tradisi guru-guru dan kakitangan akan menganjurkan majlis makan-makan di SMK Telok Datok. Acara ini dijalankan secara sukarela dan setiap guru dan kakitangan memberikan sumbangan untuk menjayakannya. Acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru dan kakitangan. Suasana agak meriah pada tahun ini kerana diadakan di bangunan baharu.



Sambutan Hari Guru 2010

Ikrar Guru Malaysia
Perarakan Guru SMKTD

Sukaneka

Bersungguh-sungguh mengambil bahagian




Sesi jamuan Hari Guru

Perhimpunan
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SMKTD telah diadakan pada 17 Mei 2010. Pihak KGKT mengucapkan terima kasih kepada semua AJK KGKT, AJK Pengawas, MPP Prauniversiti TEDI dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan sambutan ini. Semoga kerjasama cemerlang ini berterusan.

Perpindahan En. Saifuddin ke Johor

30.04.2010 merupakan tarikh akhir seorang ahli KGKT SMKTD berkhidmat di SMKTD kerana beliau akan berpindah ke sebuah sekolah di negeri Johor Darul Takzim. Kami warga SMK Telok Datok mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu. Walau bagaimanapun kami berharap Encik Saifuddin tetap memberikan pertolongan jika kami memerlukan. Jasa Encik Saifuddin di sekolah ini amat besar dan kami amat menyanjunginya.

Bangunan Baru...Bilik Guru Baru... Meja & Kerusi Baru...

Pada tarikh 21.04.2010 guru-guru SMKTD telah selamat berpindah ke bangunan baru yang tersergam indah. Sebahagian daripada guru-guru 'senior' telah diberi peluang untuk mencabut undi bagi mendapatkan kerusi & meja baru yang disediakan. Bagi mereka yang tidak mendapat meja dan kerusi baru mereka membawa meja dan kerusi yang lama ke bilik guru baru ini.

Terdapat pelbagai kisah suka duka, pengorbanan dan keceriaan berlaku sepanjang proses pemindahan ini. Walaupun begitu, semua guru dapat bertolak ansur dan bertimbang rasa di antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian yang telah sekian lama terbina.

InsyaAllah KGKT di bawah Biro Bilik Guru akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan keselesaan para guru sekalian. Sebarang cadangan untuk menceriakan lagi bilik guru baru kita bolehlah disalurkan kepada AJK yang telah dipertanggugjawabkan. Sekian terima kasih.

"KURANGKAN KONTROVERSI DAN TINGKATKAN PRESTASI" :)

BULETIN KGKT

PERTAMA KALI DI SMKTD.....
Buletin pertama KGKT telah diterbitkan dan diedarkan kepada semua ahli. Selamat membaca buletin yang telah diterbitkan :). Sekiranya terdapat sebarang cadangan atau komen sila berhubung dengan AJK Penerbitan. TQ

KEMATIAN



- Bapa kepada Pn.Aznora telah kembali ke rahmatullah pada 04.03.2010
- Bapa kepada Pn. Siti Mariah binti Radiyo telah kembali ke rahmatullah pada 25.02.2010
- Pn. Chuliah binti Djurip telah kembali ke rahmatullah pada 16.02.2010




MAJLIS BACAAN YASIN

Hari: Jumaat
Masa: 7.15~7.35 pagi
Tarikh: 05/03/2010
Tempat: Surau SMKTD

Pada 05.03.2010 telah berlangsung majlis bacaan Yasin bertempat di surau SMKTD. Majlis bacaan Yasin ini diadakan untuk allahyarharmah Ustazah Chuliah bt Djurip dan pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2010. KGKT mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar yang telah menghadiri majlis ini. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2010 akan dipermudahkan untuk menerima ilmu dan menjawab peperiksaan nanti. Amin.

* Gambar-gambar semasa majlis berlangsung akan dimuatkan kemudian.