Bangunan Baru...Bilik Guru Baru... Meja & Kerusi Baru...

Pada tarikh 21.04.2010 guru-guru SMKTD telah selamat berpindah ke bangunan baru yang tersergam indah. Sebahagian daripada guru-guru 'senior' telah diberi peluang untuk mencabut undi bagi mendapatkan kerusi & meja baru yang disediakan. Bagi mereka yang tidak mendapat meja dan kerusi baru mereka membawa meja dan kerusi yang lama ke bilik guru baru ini.

Terdapat pelbagai kisah suka duka, pengorbanan dan keceriaan berlaku sepanjang proses pemindahan ini. Walaupun begitu, semua guru dapat bertolak ansur dan bertimbang rasa di antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian yang telah sekian lama terbina.

InsyaAllah KGKT di bawah Biro Bilik Guru akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan keselesaan para guru sekalian. Sebarang cadangan untuk menceriakan lagi bilik guru baru kita bolehlah disalurkan kepada AJK yang telah dipertanggugjawabkan. Sekian terima kasih.

"KURANGKAN KONTROVERSI DAN TINGKATKAN PRESTASI" :)

No comments:

Post a Comment